♔LOVE VS WAR♔
Tuesday, May 15, 2012 | 1:20 AM | 0 love drops
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiHDXCfWLlfjN6xXFVZMDTVxkYp_7vKQAHLOIi3Jz6Xv8OpACyzH_mBr1Nx5hXv9tiRoqKGMnaOjjpyaGMPOuxDV7dcJDMbsm-JIVJOAEhWmogqQUx0f8z5UUewDg-K7v78sslRTN9VJBPV/s1600/x.JPG

"Manis jangan disangka gula. Pahit pula jangan disangka hempedu. Pastikan yang manis itu benar-benar gula dan yang pahit itu benar-benar hempedu.
Kadang-kadang kita mungkin akan terperangkap pada kemanisan dan kepahitan akibat dari kurangnya penyelidikan.
Oleh itu sentiasalah berhati-hati sebelum mempercayai sesuatu kerana itu lebih baik dari beringat selepas kita menanggung akibat."


Seseorang yang berperibadi kuat umpama besi waja semakin dibakar oleh keadaan semakin dititik oleh cabaran hidup semakin teguh dan waja untuk menhadapi hidup.
Seseorang yang berperibadi lemah laksana tanah apabila diketuk oleh cabaran hidup ia akan berkecai.


"Aku tak perlu bersusah payah untuk menarik perhatian seseorang menyayangi dan menyintaiku.
Bagiku, cukuplah dengan doa yang ikhlas.
Sekiranya Allah mengabulkan doaku agar hatinya terbuka untuk menyayangiku dan merinduiku, maka itu adalah keredhaannya.
Tapi jika sebaliknya, aku redha dengan apa yang telah ditakdirkan. Mungkin ada hikmahnya.
Mungkin juga dia tidak sesuai untukku lalu aku pohon agar Allah menghadirkan insan yang lebih baik darinya."

http://davinci24.files.wordpress.com/2012/02/kelembutan.jpg


Hearts, Jojo Elvyna

♥ Past / Future ♥